Wednesday, August 19, 2009

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Salam kepada semua...

Firstly aku nak minta maaf atas segala salah dan silap...semoga Ramadhan kali ini memberi lebih keberkatan kepada aku, suami, family terutama mak yg sedang sakit sekarang ni dan tak lupa kepada bakal baby aku. Semoga kami semua mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah SWT...Amiin 3x.
Aku berdoa juga semoga mak cepat sembuh dan dapt menyambut puasa bersama kami...tetapi itu mustahil kerana mak masih di HDW (ICU), tapi tak mengapa mungkin ini salah satu dugaan Allah SWT utk menguji keimanan, ketabahan, kesabaran dan keredhaan umatNya. Aku akan terus berdoa semoga mak makin pulih dr hari ke hari agar dpt menyambut Syawal bersama kami... Amiin 3x.
Ramadhan dan Syawal tahun ini memberikan aku semangat dan membahagiakan kerana dapat menjalani ibadah puasa di samping suami tersayang dan anak di dalam kandungan ini. Sykur alhamdulillah kerana suami sentiasa di sisi menemani bersama dgn anak ini. Amiin 3x.
<"">Link