Wednesday, January 14, 2009

Pesan Nabi Muhammad a.s

Assalamualaikum.............

SEBELUM Tidur
Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi)Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidursebelum melakukan empat perkara, iaitu :1. Sebelum khatam Al Qur'an,2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,3. Sebelum para muslim meridloi kamu,4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh...."Bertanya Aisyah :"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkaraseketika?"Rasulullah tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlastiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.Bismillaahirrohmaanirrohiim,Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakullahuu kufuwan ahad' ( 3 x )Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semuaakan memberi syafaat di hari kiamat.Bismillaahirrohmaanirrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaaMuhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuumwa atuubu ilaih ( 3 x )Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir makaseakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaahaillalloohu alloohu akbar (3 x)Sekian untuk ingatan kita bersama.* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yanglain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orangyang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Wudhu'

Dimana2 masjid imam membacakan doa untuk saudara kita di Palestin. Menitis air mata kerana terbayang gambar2 mangsa yang kita lihat dalam media setiap hari. Namun, keadaan semakin parah. Bila direnungkan, terfikir juga dalam diri sendiri mungkinkah doa kita tidak layak untuk terima oleh Allah atas faktor2 yang menyebabkan doa kita terhijab.
Lemahnya kita bukan untuk ditangisi. Perbaiki diri, anak2 dan sahabat2 kita. Bersihkan aqidah dan tingkatkan ibadah agar doa kita di makbulkan Allah.
Cerita berikut memberi inspirasi pada saya untuk dikongsi bersama:
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”
Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu’ zahir dan batin.”
Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?”
Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air”.
Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-* Bertaubat* Menyesali dosa yang telah dilakukan* Tidak tergila-gilakan dunia* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)* Tinggalkan sifat berbangga* Tinggalkan sifat khianat dan menipu* Meninggalkan sifat dengki.
Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:1.aku sedang berhadapan dengan Allah,2.Syurga di sebelah kananku,3.Neraka di sebelah kiriku,4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratalmustaqim’ danmenganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”
“Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
<"">Link